Showing posts with label network marketing. Show all posts
Showing posts with label network marketing. Show all posts

Tuesday, December 8, 2009

CHOOSE TO LEAD

It’s time to CHOOSE consciously
HOW YOU want to lead.

You see, leadership is either by choice or by default. Those who lead by default are letting their natural tendencies – their perceptions, habits, routines and past experiences – create their results and their environment.

Those who lead by choice have a keen level of self-awareness combined with an intent to drive themselves and others to a specific destination. Everyday Leaders, those who lead by choice, don’t react to their environment – instead, their environment, and those in it, adjust to them.

Everyday Leaders know that they, and all others, are significantly greater than what they appear to be. They don’t allow perceptions or judgments about what someone does and says create a finite picture of who that person is. Everyday Leaders know how much deeper, more complex ,and simply “how much more” they – themselves – are, and thus how much more all others are.

Everyday Leaders know what they stand for. They’re aware of their values, their beliefs, and how they have become the person they are today. They exhibit what they hope to see in others. They know that change and results come from first focusing on who you are. And they know they are completely and perfectly unique, and so is everyone else.

So, again, it’s time to CHOOSE consciously HOW YOU want to lead.


What’s holding you back from choosing? Why wait? Let me help YOU, decide.....either choice YOU are the MASTER of YOUR own DESTINY.....

Tuesday, November 17, 2009

Maklumat Syarikat







Maklumat & Suasana Syarikat





























SCORE A Programme - Sistem Terkini Kecemerlangan Anak ANDA


HARGA PAKEJ; CARA PEMBAYARAN PROGRAM SCORE A




(Dengan menyertainya sekarang, anak/pelajar DAN ibubapa/kita berada di antara kelompok terawal mengambil peluang ini, baik dari segi meningkatkan pencapaian pelajaran mahu pun dari segi menambahkan pendapatan)



Nota: Activation Code Dan Top-up Code :

  • 1 Activation Code, berharga RM50, digunakan untuk pendaftaran 1 orang anak, sekali sahaja seumur hidup.
  • 1 Top-up Code, berharga RM198 bagi Ahli, RM248 bagi Bukan Ahli, digunakan untuk akses selama 3 bulan, untuk kesemua anak. PAKEJ BUKAN AHLI RM298
PAKEJ BUKAN AHLI RM298

  • Pendaftaran untuk 1 orang anak i.e 1 Activation Code (RM50).
  • Penggunaan (akses) selama 3 bulan i.e. 1 Top-up Code (RM248).
  • Tambahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 2 dan seterusnya, sekali sahaja seumur hidup.
  • Top-up RM248 bagi penggunaan semula selama 3 bulan seterusnya bagi kesemua anak.
PAKEJ BUKAN AHLI RM596

  • Pendaftaran untuk 1-2 orang anak i.e. 2 Activation Code (RM50 x 2 orang anak).
  • Penggunaan (akses)s) selama 6 bulan i.e. 2 Top-up Code (RM248 x 2 orang anak).
  • Tmbahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 3 dan seterusnya, sekali sahaja seumur hidup.
  • Top-up 248 bagi penggunaan semula selama 3 bulan seterusnya bagi kesemua anak.
Nota: Pengiraan Kos Pembelajaran Score A Programme™Kos 1 anak sebulan, untuk semua subjek, 24x7:

  • Ada 1 anak = RM298 / 3 bulan / 1 orang = RM99.33 sebulan
  • Ada 2 anak = RM596 / 6 bulan / 2 orang = RM 49.66 sebulan
  • Ada 3 anak = RM596 + 50 / 6 bulan / 3 orang = RM 35.88 sebulan
  • Ada 4 anak = RM596 + 100 / 6 bulan / 4 orang = RM 29.00 sebulan
  • Ada 5 anak = RM596 + 150 / 6 bulan / 5 orang = RM 24.86 sebulan
Cukup murah !
Lebih murah daripada harga melanggan Astro !!!

Lebih murah daripada kos pembelajaran tuisyen i.e. RM30 sebulan untuk 1 orang anak, untuk 1 subjek, 6 jam seminggu.


 PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-PARTNER RM1,788 :

  • Harga sebenar RM
  • 2,980 i.e. 5 Set Portal SAP x RM596
  • Untung runcit / jimat RM1,192
  • Untung runcit Top-up RM50 (Harga Ahli RM198, Harga Bukan Ahli RM248)
  • Cara balik modal dengan jual produk – 3 Set Portal SAP x RM596 = RM1,788
  • Dapat 3 akaun bisnes PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-ENTREPRENEUR RM5,548 + Percuma RM418
PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-ENTREPRENEUR RM5,548 + Percuma RM418

  •  Harga sebenar RM8,940 i.e. 15 Set Portal SAP x RM596
  • Untung runcit / jimat RM3,392
  • Untung runcit Top-up RM50 (Harga Ahli RM198, Harga Bukan Ahli RM248)
  • Percuma 6 keping DVD, 4 Leaflets, 5 Success Module – berharga RM418
  • Cara balik modal dengan jual produk – 10 Set Portal SAP x RM596 = RM5,960
  • Dapat 7 akaun bisnes PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-MAX RM10,800 + Percuma RM418

PAKEJ AHLI / USAHAWAN e-MAX RM10,800 + Percuma RM418 :

  • Harga sebenar RM17,880 i.e. 30 Set Portal SAP x RM596
  • Untung runcit / jimat RM7,080
  • Untung runcit Top-up RM50 (Harga Ahli RM198, Harga Bukan Ahli RM248)
  • Percuma 6 keping DVD, 4 Leaflets, 5 Success Module – berharga RM418
  • Cara balik modal dengan jual produk – 18 Set Portal SAP x RM596 = RM10,728
  • Dapat 11 akaun bisnes





Pelan Pemasaran



Gabungan 3 Jenis Bisnes Yang Sangat Hebat :


"Online Education

+

Online Business

+

Network Marketing"



Menjadikannya tiada tandingan...


4 PAKEJ AHLI / USAHAWAN:











Pendapatan – terbahagi kepada 2


1. Fast Start Bonus (FSB) / Bonus Mingguan – Dikira berdasarkan SponsorEdu-Reward / K-Match / K-Reward / Processing Fee / Insentif Tajaan



2. Leadership Bonus (LSB) / Bonus Bulanan – Dikira berdasarkan Bonus Value
Kita fokus buat yg harian... yg bulanan akan menyusul dgn sendiri nya...
Fast Start Bonus (FSB) – terbahagi kepada 4 jenis





Syarikat akan bayar maksima berdasarkan kemasukan downline, bermakna jika anda ambil pakej yang kecil, anda akan dapat bonus mengikut pakej anda & bakinya akan diberi kepada upline terdekat anda yang ambil pakej yang lebih besar dari anda.


Insentif Tajaan:
Istimewa buat ahli baru yang dapat 2 downline dalam tempoh 2 minggu, akan dapat:
RM200 jika dapat downline eP
RM600 jika dapat downline eE/ eM




Potensi Pendapatan




Secara ringkasnya konsep pendapatan bisnes ini ialah – usaha yg anda lakukan adalah sama, tetapi hasilnya (pendapatan) berbeza bergantung kpd pakej yg anda ambil – iaitu lagi tinggi pakej yg anda ambil, lagi tinggi pendapatan anda berbanding dgn jika anda ambil pakej yg rendah.
Jadi fikir-fikir kan lah... Hmmm.....





4 Faktor Kejayaan, Ada Pada Bisnes Ini:

1. Syarikat
Online – 24 jam sehari x 365 hari – anywhere, anytime – servis boleh dibawa ke mana-mana & pada bila-bila masa.


Lama tapi Baru – Lama sebab sudah 10 tahun (jadi syarikat kukuh & ada jaminan); Baru sebab baru 3 tahun dalam networking (dalam bisnes networking, tahun ke 3 adalah tahun yang paling sesuai utk join, di mana tahun pertama & tahun kedua merupakan tahun kepayahan, sudah berlalu).



2. Produk
Terdapat 700++ Syarikat di Malaysia yg mempunyai AJL, telah melahirkan 5,500 jutawan dlm masa 40 tahun, dgn 4 kategori produk utama berikut – Kecantikan, Kesihatan, Penjagaan

Rumah, & Penjagaan Kereta, di mana kesemua produk tersebut merupakan produk sampingan.



Manakala Score A Program merupakan satu-satunya produk Pendidikan di mana pendidikan merupakan Produk Keperluan (semua makbapak nak anak score a, tidak kira dari golongan mana pun), Berkualiti (rujuk testimoni, penghargaan & pengiktirafan), Harga Murah (RM7.10 satu subjek, selepas topup RM4.70), Tidak Bermusim (spt produk sampingan di atas), Anti Kemelesetan Ekonomi (walau pun zaman gawat, makbapak tetap nak anak score a) & Tiada Saingan.

Perniagaan dunia akhirat – kita bagi anak kita dan/atau anak orang lain, jadi pandai.



3. Pelan Pemasaran

“Payout Tinggi” – sbb ini adalah Technology Base Biz, Tiada Kos Fizikal (hanya jual nombor), Modal 1 kali,


Untung Banyak Kali (Modal besar semasa develop software, now hanya buat maintenance). Contoh Astro & Biz Kad Prepaid/ Topup (Celcom, Maxis, Digi).


Pasaran sedia ada – terdapat 5 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 3; setiap tahun 500 ribu pelajar tahun 1 masuk – pendek kata pasaran sampai bila-bila lah…


4. Kumpulan
Kita di bawah ZRB Millionaires Club, Rangkaian Terbesar & Paling Berjaya di Kenshido/ Score A, Pengasasnya En. Abdul Aziz Samad berjaya mendapat pendapatan RM1.2 juta dalam masa 7 bulan!


Kita ada Sistem, Tidak bergantung kpd kekuatan individu, Sistem kita Praktikal dan Mudah di Duplikasi.



Jadi, dengan 4 kekuatan di atas – tiada sebab kita tidak boleh berjaya

TARIKH BAYARAN:





Cara-Cara Menyertai Program Ini

Segala urusan boleh dilakukan secara online, walau di mana anda berada dan pada bila-bila masa.


Jika Anda memilih Pakej Bukan Ahli – RM298 / RM596


Buat bayaran mengikut harga pakej yang anda pilih ke:



1. No. Akaun Maybank : 557090301645
Nama Pemegang Akaun: Munirah Binti Pawanchik



2.
Sms bukti pembayaran (Tarikh, Masa, Amaun) kepada saya Mohd Izam (suami) @ 013-4848071 atau 019-4108102



3. Selepas pengesahan pembayaran dibuat, anda akan terima Activation Code & Top-up Code

daripada saya melalui sms; selepas itu bolehlah anda daftar Anak anda & Diri anda (Parent);

atau
4. Jka anda ingin saya daftarkan Anak anda & Diri anda (Parent), sila sms kepada saya maklumat berikut:

  • Nama Penuh Anda
  • No. KP, Alamat & Poskod
  • Hp No
  • Parent ID
  • Nama Anak
  • Child ID
  • Umur
  • Darjah/ Tingkatan
  • Nama Sekolah.
Anda juga boleh emailkan saya butir-butir diri yang dikehendaki ke:surfme61@gmail.com



Jika Anda memilih Pakej Ahli (Usahawan) – e-Biz (RM596) / e-Partner (RM1,788) / e-Entrepreneur (5,548) / e-Max (10,800)

Buat bayaran mengikut harga pakej yang anda pilih ke:



No. Akaun Maybank : 557090301645, Nama Pemegang Akaun: Munirah Binti Pawanchik

atau

ke Akaun Bank Biz Partner yang berhampiran dengan anda - sila hubungi kami utk senarai no. talipon

  • Sms bukti pembayaran (Tarikh, Masa, Amaun) kepada saya En Mohd Izam Bin Hassan @ 013-4848071 ATAU 019-4108102



    • Sila sertakan nama penuh, nama ID nombor Kad pengenalan, alamat penuh beserta poskod & no handphone melalui email atau sms.


  • Jika anda ingin buat bayaran menggunakan credit card – sila emailkan ke surfme61@gmail.com bagi membolehkan saya sertakan borang Credit Card Authorization. Hantar borang tersebut beserta dengan salinan yang dikehendaki kepada saya En. Mohd Izam Bin Hassan, melalui scan dan email ke surfme61@gmail.com
  • Selepas pengesahan pembayaran dibuat, anda akan terima Kad Portal Activation & Top-up melalui pos express dlm tempoh 1 – 3 hari bekerja.
  • Jika anda membeli Pakej e-Entrepreneur atau e-Max, anda akan terima Brochure dan CD melalui pos express dlm tempoh seminggu hari bekerja.
  • Kemudian, saya akan email kepada anda: 
    • Panduan untuk Activate Portal Score A Programme™
    • Panduan untuk Register sebagai Usahawan
    • Slides mengenai Produk
    • Slides mengenai Pelan Pemasaran
-Tunggu… ada lagi…




Kami akan berkongsi STRATEGI menjalankan bisnes ini, antaranya bagaimana nak dapat RM20,000 sebulan dalam masa 3 bulan, dan bagaimana nak shortcut jadi Crown Manager.


Sertailah sekarang…



Jangan biarkan anak-anak anda ketinggalan di dalam pelajaran…Jangan biarkan anda ketinggalan di dalam RM… 
 

Kata Hikmat Prof. Dr. Hamka:

"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....... datang tidak menentu masa...... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

Perniagaan Networking disudut Syariaat

MLM: YANG HALAL DAN YANG HARAM


Oleh: Ust. Ahmad Adnan Fadzil
(Dipetik dari blog Soal-Jawab Agama: http://ilmudanulamak.blogspot.com, kendalian Ust. Ahmad Adnan Fadzil)


Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?


Jawapan;
Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.



Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus.


Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.


Saling meredhai
Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).


Syarat-syarat bagi akad perniagaan
Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;
1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.


Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan
Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;

a) Membantu kepada perbuatan maksiat
b) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
c) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan
d) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)


Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;
(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.

(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).


Antara contoh penipuan ialah;
( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
(d) Mengurangi timbangan
(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.


Syarat-syarat yuran keahlian
Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).


Bonus
Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah).



Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72) Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;
1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)


Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.


Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh.


Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.


Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus
Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).



Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.


Jauhi “Sistem Piramid”
Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.


Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.

2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)


Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.


Harga barangan/produk
Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).


Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran.


Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.

Wallahu A’lam.


Rujukan;
1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)